Friday, March 8, 2013

Terima Seadanya

Lama rasanya tak update blog ni. Kalau rumah mesti dah bersawang, kalau prepaid mesti dah expired kan. k fine. mood serius dah datang..Pejam celik, pejam celik dah banyak pengalaman yang aku lalui, dah banyak jenis orang yang aku kenal. semuanya mendewasakan walau kekadang menyakitkan. kekadang menangis seorang diri kerana pengalaman, kerana kehidupan. mungkin terkadang diri terlalu sensitif dan mungkin juga tersalah buat pilihan. pilihan sendiri. namun dugaan Allah itu pasti datang dengan hikmahnya. Dah dapat lihat satu persatu aturan-NYA yang tersangat indah. 

Hidup di dunia sudah lumrahnya. ramai orang yang akan ditemui, pelbagai kerenah terpaksa dihadap setiap hari. sampai kadang-kadang jadi "muak" (bhs utara kot). kalau bercakap tentang kawan ni lagilah pelbagai. ada yang macam tu, ada yang macam ni. ada yang menyenangkan ada yang tersangat menyakitkan hati. tapi bak kata Cikgu Marina form 6 dlu, cari titik persamaan. jika terus menerus mencari kesalahan takkan sampai ke mana dan yang paling penting SABAR. kerana Allah menjanjikan ganjaran yang terbaik buat hambanya yang sabar. Jadi tak perlu terus menerus mengeluh dengan dugaan yang datang. 

COOL. Yes I am..

No comments:

AKU.KAMU. DAN. LAGU