Thursday, September 4, 2014

Pengalaman kerja selama hidup 24 tahun

Assalamualaikum, hi
dulu cuti semester lepas praktikal, aku kerja kejap di sekolah. tapi bukan jadi cikgu. alaa kerja mak cik-mak cik kantin je yang low class tu. so bila di sana memang ada yang panggil mak cik pun. dalam hati kurang asam. kawin pun tak lagi aku ni, apatah lagi ada anak. anak menakan ada. hehe.. kesannya aku bagi lauk catu sikit sebab mengguris hati dan perasaan. haha. boleh gitu ye.

ok. sebenarnya nak cakap bila kita pernah merasa kerja tempat-tempat biasa, banyak benda yang kita dapat belajar, dapat tengok dapat lihat dan rasai. rasa yummy ke tak tu terpulang la kita nak handle macam mana kan. masa kerja tu beside ada yang panggil mak cik tu takpe lagi. alkisah masa keja aku memang la pakai ala mak cik- mak cik kakak- kakak yang UPSR pun tak pas. jadi budak-budak yang hingus meleleh tu memang la pandang sampai juling mata sambil cakap aku pandai lagi dari mak cik kantin ni. memang hari-hari keja pakai t-shirt u dan ada satu hari tu budak laki ni tengok baju aku tulis UPSI. tau apa dia kata?????

"ceee, pakai baju UPSI"

aku jawab: kenapa? pelik er?

eh tak lah..hehe

haha..itu mentalitinya dan realitinya. yang terpahat di otak budak2 ni memang la yang keja hidang-hidang makanan, lap-lap meja ni bodoh tahap datuk kerbau. dia tak tau bukan setakat budak tingkatan 1, tingkatan 5 pun aku boleh ajar. haa angkat bakul sikit. mana taknya bila kak aku baca nota budak-budak tulisan jawi dan bagi jawapan untuk certain-certain soalan budak-budak ni boleh cakap. eh kak sue tau baca jawi kan. haha...rasa macam nak ketuk dengan sudip. hampa ingat kami ni bodoh piang ka?

itu pemikiran budak2. kita yang besar yang dah graduate ni macam mana? masih fikir yang jadi guard, yang jadi cleaner, yang dok keja kedai makan, yang pakai selekeh ni cikai sangat ke? pada aku memang tak sebab aku pernah merasa kerja up and down. tak perlu pilih kerja sangat asalkan kau boleh dapat duit belajar, belanja diri tak payah sibuk nak mintak duit mak bapak. bukan nak bangga diri tapi walaupun masih belajar duit adik-adik belajar, kalau kakak abang sesak duit aku boleh support. yang penting jangan dok balok liat sangat. tak semestinya kita lulusan universiti kita hebat. ye mungkin hebat, tapi dalam bidang kita je lah. bidang lain?? habuk pun tadak..




ni masa kerja receptionist cum clerk dulu di sungai petani, Kedah. masa ni sememeh lagi. baru habis tingkatan 6 dan tengah tunggu result nak masuk u. kerja 6 bulan dan masa akhir dah nak berhenti tu ada tawaran untuk naik gred siap bawak aku fly ke branch lain dah. tapi takpelah. takkan nak kerja clerk seumur hidup kan.


ni lagi sememeh sebab kerja siang malam. kerja kilang dua shift malam dan siang. kena time kerja malam badan panas sejuk rasa. bila balik kerja van dah sampai depan rumah pun dok membuta lagi sampai kena kejut. huargghh...ngantok. ni kerja masa cuti sem yang lama sangat 4 bulan. lepas kerja lagi seminggu nak masuk semester baru accident pulak. cuti lagii... masa ni kerja bergaul dengan macam-macam orang, mak indon, bapak bangla, bos cina, yang melayu macam-macam identiti pun ada. nasib baik antibodi kuat. haha


yang ini pulak selfie time tolong lecturer. Dr Siti Saniah sekarang dah PM Dr. Siti Saniah dah yang sangatt sporting dan humble. laju sungguh Dr. buat kerja selaju cara dia berjalan. Aku ingat lagi kata-kata dia "bila kita di atas kena ingat jugak orang bawah". memang betul. kalau asyik mendongak je ke atas tak pandang bawah langsung takut jatuh tersepak batu nanti jatuh tersungkur kot..hehe. tu laa laptop yang sangat berjasaa sampai sekarang dok tengah taip ni..hehe


ini masa sempat terima gelaran cikgu selama 6 bulan tapi masih kekal lagi gelaran tu sampai sekarang. betul la orang cakap kalau cikgu ni sampai mati pun orang panggil cikgu. waktu praktikal macam-macam pengalaman dapat. masa praktikal ni lah aku jumpa dengan sorang adik tu jadi cleaner di sekolah. mula2 kakak dia kerja dan bila kakak dan berhenti adik pulak kerja. cara pakai kita boleh kenal dia siapa dan tergerak hati nak tanya. rupanya2 betul la dia dan kakak dia pun budak u yang tengah cuti semester jadi tolong mak dia cleaner di sekolah. sungguh suci murni hatinya sesopan penampilannyaa..

ok..itu yang ada gambar. yang tak ada? sebenarnya aku start kerja masa aku habis tingkatan 3, umur 15 tahun. hampir 10 tahun bekerja..nasib baik tak nampak tua lagi. haha.. cakap je kerja apa, kedai makan, dewan makan, kerani kilang, operator kilang, cikgu kelas tuisyen, buat kek, catering,..fuhh!! sampai orang cakap aku mata duitan..haha..tak lah. bukan mata duitan, tapi bila kita pernah merasa macam2 kerja ni kita tau rasa dan faham perasaan orang.. bila pergi sesuatu program, makanan kurang sedap, tak perlu merungut sebab kita tau masak banyak2 bukannya senang. bila tengok orang kerja basuh pinggan jangan perlekeh sebab kita sendiri pernah buat kerja tu dan bila pergi kedai makan, jangan terlalu banyak fikir untuk order makanan nanti orang bosan menunggu sebab hang pernah rasaaa.....

ok..dah letih celoteh. ni pun curi waktu kerja sikit. takpe nanti ganti buat kerja di rumah.

dan 
pesanan kalau dah ada segulung ijazah, diploma, master, 
jangan jadikannya gambar hiasan gantung didinding rumah je, 
tapi carilah kerja. jangan fikir yang hebat-hebat saja mula dari bawah pun tak apa. 

Bumi Allah ni luas, macam-macam kerja ada. 
wassalam.
selamat bekerja.

nah belanja gambar satu..hehe
 gambar masa pergi hantar si adik kembar yang belakang tu ke matrik.
 teka kembar yang dalam gambar ni adik ke kakak??
cer teka, cer teka..

2 comments:

nashfahrenheit said...

lepasni nak keje ape pulak.. tunggu posting? ke surirumah sepenuh mase? hehe

Faridatul Azida said...

haha..lepas ni suri rumah part time je...xleh full time..boringg...haha

AKU.KAMU. DAN. LAGU