Apabila kamu ada sebutir ilmu, kamu rasa itu saja ilmu yang ada ............. itu jahil
Apabila kamu ada sebutir ilmu, kamu sedar ada 10 lagi ilmu yang kamu tak tahu ............. itu alim.
Oleh itu, Yang JAHIL akan merasa bertambah SOMBONG dengan ilmunya
Yang ALIM akan merasa bertambah KERDIL dengan ilmunya
Itulah beza orang yang PANDAI MERASA.... berbanding dengan orang yang MERASA PANDAI
Itulah juga beza orang yang menuju kepada MAHMUDAH berbanding dengan orang yang menuju kepada MAZMUMAH
~~wassalam~~
Tuesday, March 5, 2013
Wednesday, December 26, 2012
Hai!!
Lama rasanya tak update blog ni sibuk buat blog ilmiah yang perlu dihupdate hari-hari kan..erm assigment, oo assigment!! k lah..pape pun..HAI... :)
k bai..
study! study!
:P
Sunday, September 16, 2012
Kalau Nak Jimat Pun Biarlah Bertempat
Situasi 1:
"Kenapa ye kakak-kakak tu taknak kongsi makanan? Kalau duduk rumah sekali nak kongsi makanan baru lah elok."
Ulasan :
Kadang-kadang aku pelik dengan manusia ni. kenapa perlu nak kongsi makanan dengan orang lain bila dah orang lain tak hingin. kalau aku, aku ok je. apa-apa pun boleh. yang dia sorang ni nak sangat kongsi makanan dengan orang kenapa ye? berdasarkan pengalaman lepas dia nak kongsi sebab dia tak mau keluarkan duit beli barang. nama kongsi. tapi dia nak keluarkan duit susah sangat. alahai kak oii.. bukan duit banyak lagi daripada adik-adik ni. keluarkan je lah. bukannya susah. kalau kita selalu bagi dekat orang, rezeki kita akan bertambah. percayalah. yang orang lain tak nak kongsi dengan awak sebab dah tau perangai awak tu yang agak tahi hidung kot. maaf lah ye. jadi daripda mengumpat kemudian hari baiklah buat haluan masing-masing. orang lain bukanlah berkira sangat, tapi semuanya pelajar lagi. semuanya duit cukup-cukup makan je. kalau aku anak datuk, mungkin la tak ada masalah. Jadi, JIMAT ke KEDEKUT ye?
Wassalam...
Thursday, July 19, 2012
Akad Nikah Abang Long
Cinta pertama kecundang bukan bermaksud dah tak boleh dapatkan pengganti kan? Jadi memang mula-mula terkejut bila abg bagitahu nak kawin..segala-galanya express. Ingatkan nak bujang sampai ke tua..tapi takpelah kan dah jodoh dia cepat walaupun lambat..haha..gile terasa kalau abang baca blog..tapi xpe la..pengantin baru tak boleh marah-marah. :))
Masa tengah bersiap, abang muka pucat tahap infinfity kot. siap cakap lagi.
"abang ni selalu bercakap depan 2, 3 ratus orang ok je, ni nak mengadap tok kadi sorang rasa macam tak boleh nafas"
haha..tau nervous. kalau cakap pandai sangat, sampai gunung pun nak runtuh. tapi aku boleh la perli-perli bagai sebab aku pompuan. nanti for sure future husband aku yang nervous. kaum hawa relaks je kan. cuma perlu jaga make up je takut cair. wah gitu..cam nak kawin dah..sabor lah wahai hati!! jadi untuk nak menghilangkan getaran jiwa abang tu, kita ajak la dia pose-pose ala pucat dulu kan..hehe
walaupun nervous, tal boleh nafas bagai, sekali lafaz je kot. hebat la tu kan.. mungkin abang termakan dengan cabaran aku kot.
"kalau abang sulung pun akad 2 3 kali, yang lain2 nanti mesti lagi nervous"
erm ye la..cakap pandai la.dia tak rasa.. :p
happy tak muka kakak ipar aku, ye la dah sah jadi isteri orang. tak sabar nak sarung cincin la tu, pastu nak pegi tukar cek yang terpampang tu.. hehe..lawak je kak long oii..kena biasa-biasakan diri la dapat adik ipar talkative macam cik azida ni kan..
dah tak solo la bang..:(
Selamat Pengantin Baru..Semoga Bahagia hingga keJannah..
Thursday, July 5, 2012
Indah + Suka..
Bila tengok ayat ni, rasa indah sangat..jadi terhingatla nk hupdate blog yang berkurun lama ditinggalkan ni..smile.
Belajar mencintai orang yang hari ini masih mencintaimu sebelum dia pergi dari hidupmu.Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin esok takkan ada lagi cinta untukmu dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.Jadi, jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu.
Bercinta itu harus kerana cinta itu fitrah...
Namun segalanya ketentuan-NYA juga..
~~Wassalam~~
Sunday, June 3, 2012
Siapa yang Patut kita ikut?
Bila saya terbaca rencana ni, rasanya saya rasa bertanggungjawab sesama Islam untuk sebarkannya...
Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat IslamTahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?
1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”.
3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?
4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.
5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.
7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Jadi bila dah tau, dah baca, siapa yang harus kita ikut sebenarnya?
Buka mata, Buka minda, Berubahlah selagi ada masa. Sama-samalah kita.amin~~~
Subscribe to:
Posts (Atom)









