Tuesday, September 23, 2014

Engaged.

Assalamualaikum, 
eh hi..


teaser  :)
full entry will update soon.
 biar la dah basi pun.


Assalamulaikum. Sebab haritu update entry tulis will update soon jadi terpaksa sambung jugak lah entry ni walaupun malas menguap 40 kali dah ni..dah janji kan.. hehe.
Pastu masuk-masuk minggu ni terus rasa rajin sebenarnya semangat berkobar-kobar. ececeh. ye ke.. haha.. ok.. sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik pun nak update. cuma gambar-gambar je. sebab malas la pulak nak menaikk..hehe





Adik kembar yang kecik ni walaupun dah besar. tak tau lah bila nak besar. haha

My the only one sister, a.k.a mak andam, designer, tukang buat pelamin, tukang make up, tukang buat hantaran, tukang bubuh manik veil. semau dia la. kalau nak bagi upah tak tau berapa riban dah. Tapi wedding designer ni lain yang hang nak lain yang dia buat. haha


Nampak macam aku belagak gila masa orang sarung cincin kan. haha.. 

Gambar yang ni yang bestnye pun untuk majlis nama pun tunang so gambar sarungkan cincin la. masa tunang haritu memang mak dia merangkap mak long esah yang sarung cincin. haha.  Kan bertunang nama pun. walaupun kita tak baik mana adab yang baik tu kena la jaga jugak kan. sebab aku tgok orang tunangsekarang ni over lebih lebih lebih sangat dah. siap laki datang sarung cincin untuk pompuan dah. kalau mcm tu baik kau suruh tunang kau salam dengan tok kadi dulu baru sarung cincin. tak payah membazir buat majlis dua tiga kali dah. lagi satu lelaki datang rumah masa tunang dah jadi benda biasa sekarang kan. ok xpe lah datang tu datang je la. aku tak datang sebab mak long esah tak bagi anak dia datang sebab tu la tgok gambar ni aku je dok syiokk sendiri. haha. buat malu kat orang katanya. tak pa lah ok jugak tak datang pun kan. 


Lagi satu adat sekarang yang kadang-kadang buat orang confius n tercabut fius bila mak pompuan pegi sarung cincin dekat bakal menantu lelaki dia tu. tak ke pelik. Ye la orang cakap tak lama lagi nak jadi menantu jugak. tapi tak lama lagi. bukan masa tu jadi sabar la bakal mak mentua pun, nanti jadi menantu dah, hang sarung la rantai gajah pun tak pa dah. Faham ada sesetengah tempat yang memang akan sarungkan cincin ke lelaki jugak, tapi cari la yang lelaki jugak untuk sarungkan. Walaupun kaum hawa ni lagi banyak sekarang ni, tapi kaum lelaki belum pupus lagi. Faham-fahamkan maksudnya di situ.


Dear Izzah:
Walaupun jumpa sekejap sgt time praktikal tapi macam dah kenal lama. Cikgu BI sorang ni memang gila-gila sikit. terima kasih la sebab sudi datang rumah kampung aku.. touching gila bila tgok kau dengan joy dah sampai dekat pintu rumah. huhu

Cikgu Izzah ni anak tunggul eh tunggal. haha.. jadi boleh la anggap aku ni kakak. aku pun suka ada adik bambam gini sebab anak-anak Abd Ghani smua jerangkung blaka. haha




Selain keluarga, kawan-kawan lah yang paling rapat dengan kita. sampai ada  masa tu kawan lagi rapat dari keluarga sendiri. mereka di atas ni kawan sejak dari zaman Tingkatan 6 lagi. Macam-macam yang jadi dalam persahabatan ni tapi tu yang buat kami lagi havoc bila jumpa. Time ni sempat tangkap gambar tepi jalan je. sebab time diorang datang umah aku dah keluar pegi Lake Garden Taiping konon-konon nak outdoor. Tapi sumpah hati tak tenang dok sibuk nak balik umah bila dapat tau diorangdah sampai rumah. Tapi Allah dah atur baik dah dapat jugak jumpa walaupun tepi jalan. Ayu je tak sempat jumpa. sorry semua. 
Tapi I LOVE U FRIENDS MUCHOO...

Nanti aku kawin aku jemput semua awal-awal pastu meh laa jadi bridesmaid aku pakai sedondon semua kita tangkap gambar sampai lebam. janji kali ni aku tunggu sampai hampa mai umah baru aku keluar pegi honeymoon...honeymoon terus kauu.. haha

Gambar-gambar bawah ni credit to Jenoz. 
FB:





Nah belanja sekeping gambar acah-acah sweet tepi pokok ni. Tak dak gambar yang best sgat pun. Sebab kalut plus kaku tambah kayu. 


Baju: Butik Peace 

Gambar: Joi jenuhh

Pelamin DIY sendiri.
Make up pun sendiri.

Wassalam.
p/s: entry ni untuk kawan-kawan org2 terdekat yg mana dok tanya.. kalau ikutkan belungguk lagi gambar nanti muntah hijau pulak.
yg tak suka nyah kau dari sini. haha

Thursday, September 4, 2014

Pengalaman kerja selama hidup 24 tahun

Assalamualaikum, hi
dulu cuti semester lepas praktikal, aku kerja kejap di sekolah. tapi bukan jadi cikgu. alaa kerja mak cik-mak cik kantin je yang low class tu. so bila di sana memang ada yang panggil mak cik pun. dalam hati kurang asam. kawin pun tak lagi aku ni, apatah lagi ada anak. anak menakan ada. hehe.. kesannya aku bagi lauk catu sikit sebab mengguris hati dan perasaan. haha. boleh gitu ye.

ok. sebenarnya nak cakap bila kita pernah merasa kerja tempat-tempat biasa, banyak benda yang kita dapat belajar, dapat tengok dapat lihat dan rasai. rasa yummy ke tak tu terpulang la kita nak handle macam mana kan. masa kerja tu beside ada yang panggil mak cik tu takpe lagi. alkisah masa keja aku memang la pakai ala mak cik- mak cik kakak- kakak yang UPSR pun tak pas. jadi budak-budak yang hingus meleleh tu memang la pandang sampai juling mata sambil cakap aku pandai lagi dari mak cik kantin ni. memang hari-hari keja pakai t-shirt u dan ada satu hari tu budak laki ni tengok baju aku tulis UPSI. tau apa dia kata?????

"ceee, pakai baju UPSI"

aku jawab: kenapa? pelik er?

eh tak lah..hehe

haha..itu mentalitinya dan realitinya. yang terpahat di otak budak2 ni memang la yang keja hidang-hidang makanan, lap-lap meja ni bodoh tahap datuk kerbau. dia tak tau bukan setakat budak tingkatan 1, tingkatan 5 pun aku boleh ajar. haa angkat bakul sikit. mana taknya bila kak aku baca nota budak-budak tulisan jawi dan bagi jawapan untuk certain-certain soalan budak-budak ni boleh cakap. eh kak sue tau baca jawi kan. haha...rasa macam nak ketuk dengan sudip. hampa ingat kami ni bodoh piang ka?

itu pemikiran budak2. kita yang besar yang dah graduate ni macam mana? masih fikir yang jadi guard, yang jadi cleaner, yang dok keja kedai makan, yang pakai selekeh ni cikai sangat ke? pada aku memang tak sebab aku pernah merasa kerja up and down. tak perlu pilih kerja sangat asalkan kau boleh dapat duit belajar, belanja diri tak payah sibuk nak mintak duit mak bapak. bukan nak bangga diri tapi walaupun masih belajar duit adik-adik belajar, kalau kakak abang sesak duit aku boleh support. yang penting jangan dok balok liat sangat. tak semestinya kita lulusan universiti kita hebat. ye mungkin hebat, tapi dalam bidang kita je lah. bidang lain?? habuk pun tadak..




ni masa kerja receptionist cum clerk dulu di sungai petani, Kedah. masa ni sememeh lagi. baru habis tingkatan 6 dan tengah tunggu result nak masuk u. kerja 6 bulan dan masa akhir dah nak berhenti tu ada tawaran untuk naik gred siap bawak aku fly ke branch lain dah. tapi takpelah. takkan nak kerja clerk seumur hidup kan.


ni lagi sememeh sebab kerja siang malam. kerja kilang dua shift malam dan siang. kena time kerja malam badan panas sejuk rasa. bila balik kerja van dah sampai depan rumah pun dok membuta lagi sampai kena kejut. huargghh...ngantok. ni kerja masa cuti sem yang lama sangat 4 bulan. lepas kerja lagi seminggu nak masuk semester baru accident pulak. cuti lagii... masa ni kerja bergaul dengan macam-macam orang, mak indon, bapak bangla, bos cina, yang melayu macam-macam identiti pun ada. nasib baik antibodi kuat. haha


yang ini pulak selfie time tolong lecturer. Dr Siti Saniah sekarang dah PM Dr. Siti Saniah dah yang sangatt sporting dan humble. laju sungguh Dr. buat kerja selaju cara dia berjalan. Aku ingat lagi kata-kata dia "bila kita di atas kena ingat jugak orang bawah". memang betul. kalau asyik mendongak je ke atas tak pandang bawah langsung takut jatuh tersepak batu nanti jatuh tersungkur kot..hehe. tu laa laptop yang sangat berjasaa sampai sekarang dok tengah taip ni..hehe


ini masa sempat terima gelaran cikgu selama 6 bulan tapi masih kekal lagi gelaran tu sampai sekarang. betul la orang cakap kalau cikgu ni sampai mati pun orang panggil cikgu. waktu praktikal macam-macam pengalaman dapat. masa praktikal ni lah aku jumpa dengan sorang adik tu jadi cleaner di sekolah. mula2 kakak dia kerja dan bila kakak dan berhenti adik pulak kerja. cara pakai kita boleh kenal dia siapa dan tergerak hati nak tanya. rupanya2 betul la dia dan kakak dia pun budak u yang tengah cuti semester jadi tolong mak dia cleaner di sekolah. sungguh suci murni hatinya sesopan penampilannyaa..

ok..itu yang ada gambar. yang tak ada? sebenarnya aku start kerja masa aku habis tingkatan 3, umur 15 tahun. hampir 10 tahun bekerja..nasib baik tak nampak tua lagi. haha.. cakap je kerja apa, kedai makan, dewan makan, kerani kilang, operator kilang, cikgu kelas tuisyen, buat kek, catering,..fuhh!! sampai orang cakap aku mata duitan..haha..tak lah. bukan mata duitan, tapi bila kita pernah merasa macam2 kerja ni kita tau rasa dan faham perasaan orang.. bila pergi sesuatu program, makanan kurang sedap, tak perlu merungut sebab kita tau masak banyak2 bukannya senang. bila tengok orang kerja basuh pinggan jangan perlekeh sebab kita sendiri pernah buat kerja tu dan bila pergi kedai makan, jangan terlalu banyak fikir untuk order makanan nanti orang bosan menunggu sebab hang pernah rasaaa.....

ok..dah letih celoteh. ni pun curi waktu kerja sikit. takpe nanti ganti buat kerja di rumah.

dan 
pesanan kalau dah ada segulung ijazah, diploma, master, 
jangan jadikannya gambar hiasan gantung didinding rumah je, 
tapi carilah kerja. jangan fikir yang hebat-hebat saja mula dari bawah pun tak apa. 

Bumi Allah ni luas, macam-macam kerja ada. 
wassalam.
selamat bekerja.

nah belanja gambar satu..hehe
 gambar masa pergi hantar si adik kembar yang belakang tu ke matrik.
 teka kembar yang dalam gambar ni adik ke kakak??
cer teka, cer teka..

AKU.KAMU. DAN. LAGU