Wednesday, January 8, 2014

Pangkor Charity

Assalamualaikum, hai happy new year .
sudah tetiba happy new year sesorang. Ketinggalan zaman ke apa. 
Tukarlah SELAMAT HARI TUA dengan slogan semakin tua semakin sayang. lagi best kan. haha

2013 Charity
nah, hampa tengok je lah gambar-gambar ni.
 jejari rasa lenguh la pulak nak menaip banyak-banyak. hehe..
alasan hebat bebenor.



 geng. jangan kata pilih-pilih geng pulak. tak pilih pun. macam ada ni. semester beza, course pun beza cuma rumah je sama. tapi bilik lain-lain jugak la sebab tak muatkalau semua nak masuk satu bilik. 


haish buat malu ja orang tengok. perangai tak senonoh tu tak tinggal kat rumah. nak bawak jugak pergi pangkor. hurm.. kalau pergi mana-mana, ramai-ramai mesti nak bergambar lompat-lompat. perasan tak? pelik kan, tapi buat jugak. hehe.
dann nak tau kami tinggal di mana? di 
s
i
n
i


cantik kan. Tapi bukan yang atas ni, yang bawah ni. hihi


 ha. ni la gambaran sikit dalam bilik. sikit je. tak boleh tengok banyak-banyak. lagipun tak sempat nak ambil gambar bebanyak dalam bilik. ye lah orang sibuk beramal di luar sana. haish. tanya lagi. ha yang ni, kawan baru jumpa sem ni di villa no 16.



kerja amalnya di sana tanam pokok dan aktiviti pembersihan pantai. masa tanam pokok tu hujan, so tak banyak gambar yang boleh diambil. gambar masa beramal tak banyak tapi gambar masa bergedik banyak!. haha


Caption: 
kenapa awok dio  beli hat tu tak ajak aku pong. aku pong nok takap gambar pakai hat jugok. nok pinje tok bagi. (orang Ganu) haha




 hok kecik molek tu ore kelate dan teman orang perak.
dia cakap: mu tundok sikit eh. tinggi supo galoh. 
haha..tinggi utk orang yg rendah daripada aku. 

akhiirrrnyaaa nak cakapppp... 
i jumpe mat lutfi uollsss..
hehe
tapi dia agak malu-malu. kenape eh? 





nanti 20 atau 30 tahun lagi kalau dipanjangkan umur, kalau ada rezeki bolehla pergi pangkor bawak suami bawa anak-anak . nanti cakap 
"pokok ni ibu la tanam dulu masa belajar dulu". 

hehe best kan. dan mungkin ada 2 3 orang yang akan cakap pada anak macam ni pulak.
 "dulu papa jumpa mama masa tanam pokok ni la"
:-)



ok itu aje..tata titi tutu.

assalamualaikum. 

"MENUNTUTILMU ITU ADALAH SATU KEWAJIPAN KE ATAS SETIAP MUSLIM"
(Riwayat Ibnu Majah)

Sunday, January 5, 2014

Aku Cantik kot... ^-^

Assalamualaikum dan salam sejahtera, macam nak bagi ucapan dah kan. Pernah tak korang rasa macamni:

rasa orang tengok, pandang atas bawah macam nak cakap something.
pastu korang pun terperasan la, eh ada yang tak kena ke, 
tudung senget kot, betul-betul sikit, 
ke baju aku cantik..erm ye la kot. 
eh entah-entah dorang tengok muka aku kot. flawless agaknya. 

PERASANNN!!!! fullstop.

Mesti ramai yang pernah rasa kan, anggukkan je la kalau tak pernah pun. honestly, memang aku pernah rasa, tiba-tiba naik bas ke turun train ke, memang PERASANN orang tengok ko sorang la. padahal orang ternanti-nanti someone. huh perasan tak hingat. Nak tau, sekarang bila dah sedar diri agaknya baru rasa macam ni:

  1. Memang orang pandang tudung ko, tapi bukan sebab senget ke ape ke (kadang-kadang memang tudung barai sikit pun), ORANG PANDANG SEBAB tudung ko tu yang pendek, bila teleng sikit macam nak nampak tengkuk, nak nampak dada semua benda ko nak tunjuk. pastu pakai tudung macam buat syarat je, kenapa buat syarat? ye la tudung jarang, nampak la rambut yang ditocang macam ekor kuda ke, rambut ikal mayang ke, rebonding ke ape ke smua nampak. erm tudung anda macam mana? cepat tengok!!
  2. lagi satu, kadang-kadang kita rasa orang tengok baju kita. konon-kononnya cantik beli di internet lagi sebelum kluar update status OOTD la kononnya. So, mesti perasan orang pandang baju aku then rasa, pandai jugak aku mix n match baju kan.(konon). Tapi hakikatnya, kadang-kandang ORANG PANDANG SEBAB baju ketat sendat melekat. nampak bentuk yang tak sepatutnya ditunjuk dan sekarang ni trend jubah ala-ala moden ketat melekat. itulah fesyen!! (katanya). sedar diri aku pun dulu fikir macam tu. kadang-kaang seronok la pakai baju-baju yang uptodate. tengok orang pandang-pandang. hakikatnya???
  3. Satu lagi yang perempuan suka perasan bila orang pandang-pandang, muka. eh terasa macam muka cantik, licin gebu suci murni. macam minyak masak dah. padahal memang ORANG PANDANG SEBAB muka setempek bedak. tak kisah la bedak arab ke bedak Malaysia ke. sampai ada tahap bila berpeluh nampak macam panau dah. bertompok-tompok. dan dan tau la putih bukan original kan..


sekarang rasa macam bodohnyaaa aku. Kenapa laa macam tu, kenapa la macam ni. Tapi belum terlambat nak sedar diri. 
Jadi, jommmmm....
jom pergi mana?

jom la  BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL.

wassalam. 


senyum sikit sebab senyum tu sedekah paalingg mudah. 
:-) 


AKU.KAMU. DAN. LAGU