Thursday, March 21, 2013

oh hidup!!

Kita mulakan cerita dengan kisah diri aku yang menjadi insan istimewa pilihan Allah untuk mendapat ujianNya. erm, terpaksa tangguh satu semester pengajian sebab Allah terlalu sayangkan aku. Yes, I know! Tapi kalau nak sedih boleh?? 
sedih sebab aku ni sebenarnya tak ada batch. kalau lone ranger ni tak pe. aku tak kisah (sebab mati nanti pun duduk sorang dalam kubur kan). 
Erm xpe lah..Pasti ada hikmah..

ok bila dan seorang, cuba jadikan pengalaman yang berbaki ni pengalaman berharga ye Azida. Hadapi semua dengan relaks k



aku redha...
:-)

#i wish to be with them for the last time. wanna keep memories forever. but they refuse to, with their own reasons. its ok. i'm trying to understand #

Wednesday, March 20, 2013

Terima Seadanya Part. 2

Lagi update tantang manusia. ya aku pun manusia. Cuma memerhati sekeliling dan kali ini sambungan dari yang previous Terima Seadanya. I'm Not Perfect. Yes I Know. but at least i know, compared to those who think and feel they are perfect. Memang Allah akan memberi dugaan untuk hambanya. Bila hidup merantau ni banyak ragam manusia yang akan kita temui kan. Cikgu bahasa mestilah sertakan contoh kan. Ok. contoh:


  1. Beriya nak itu nak ini, suruh kita cari. last2 cakap. "xpelah tak nak, tak perlu kot"
  2. Selalu buat lawak, cakap itu cakap ini, kadang-kadang lazer (cam aku), tiba-tiba cakap itu sentap, tersentuh sikit sentap, buat muka!, buat muka!, buat muka!..  
  3. Orang buat itu dia pun nak buat, orang buat ini datang lah dia suruh cepat sikit. hadoii mak cik!! aku tak guna kenapalah kau tak guna. time aku guna kau pun nak la guna. haish!!
Tu antara yang boleh disenaraikan. Yang berlambak lagi dalam otak macam otak Cik Google tu tak senaraikan lagi. Hadoii. Penat sebenarnya nak melayan semua kerenah manusia ni. Ok. Apa2 pun bersabarlah Cik Hati. Jangan biarkan sejarah berulang lagi. Jalan terbaik malas nak mencari masalah. Penyelesaiannya: 

  1. ok fine. Malas nak kisah. Lepas ni kalau nak itu nak ini aku cakap "TAK TAHU, CUBA TANYA EN. GOOGLE" senang kan
  2. Yang banyak kerenah ni pulak. Biarlah kau hidup dengan hisup kau kan. tak boleh tersalah cakap, tak boleh tersalah sentuh  kan? ok "KURANGKAN BERCAKAP DENGAN DIA. BERCAKAP BILA PERLU SAHAJA dan JAUHKAN DIRI LAH". nanti "tersalah cakap tersilap sentuh pulak" kann.
  3. nak guna sangat kan. nak Hambik!! aku mengalah! (dalam hati je. kalau cakap depan-depan mesti terjadilah babak masam muka pulak)
Kesimpulannya, simpan semua dalam hati. simpan semua dalam otak dan yang paling penting fikir dulu sebelum berkata apa2 sebab 
kadangkala 
Diam itu lebih baik daripada berkata-kata
saya tinggalkan anda dengan insan kata-kata insan istimewa ni. renung-renungkan..


As salam
:)

Friday, March 8, 2013

Terima Seadanya

Lama rasanya tak update blog ni. Kalau rumah mesti dah bersawang, kalau prepaid mesti dah expired kan. k fine. mood serius dah datang..Pejam celik, pejam celik dah banyak pengalaman yang aku lalui, dah banyak jenis orang yang aku kenal. semuanya mendewasakan walau kekadang menyakitkan. kekadang menangis seorang diri kerana pengalaman, kerana kehidupan. mungkin terkadang diri terlalu sensitif dan mungkin juga tersalah buat pilihan. pilihan sendiri. namun dugaan Allah itu pasti datang dengan hikmahnya. Dah dapat lihat satu persatu aturan-NYA yang tersangat indah. 

Hidup di dunia sudah lumrahnya. ramai orang yang akan ditemui, pelbagai kerenah terpaksa dihadap setiap hari. sampai kadang-kadang jadi "muak" (bhs utara kot). kalau bercakap tentang kawan ni lagilah pelbagai. ada yang macam tu, ada yang macam ni. ada yang menyenangkan ada yang tersangat menyakitkan hati. tapi bak kata Cikgu Marina form 6 dlu, cari titik persamaan. jika terus menerus mencari kesalahan takkan sampai ke mana dan yang paling penting SABAR. kerana Allah menjanjikan ganjaran yang terbaik buat hambanya yang sabar. Jadi tak perlu terus menerus mengeluh dengan dugaan yang datang. 

COOL. Yes I am..

Tuesday, March 5, 2013

Penawar hati, penenang jiwa...

Apabila kamu ada sebutir ilmu, kamu rasa itu saja ilmu yang ada ............. itu jahil

Apabila kamu ada sebutir ilmu, kamu sedar ada 10 lagi ilmu yang kamu tak tahu ............. itu alim.

Oleh itu, Yang JAHIL akan merasa bertambah SOMBONG dengan ilmunya
Yang ALIM akan merasa bertambah KERDIL dengan ilmunya

Itulah beza orang yang PANDAI MERASA.... berbanding dengan orang yang MERASA PANDAI

Itulah juga beza orang yang menuju kepada MAHMUDAH berbanding dengan orang yang menuju kepada MAZMUMAH


~~wassalam~~

AKU.KAMU. DAN. LAGU