Saturday, July 20, 2013

Si G**a Kasut



Caption:  
kau pe hal?? tak bagi aku pos entry banyak-banyak ke..haha..sesuai tak dengan muka ketat mulut nganga pipi jerawat tu.. heeeee

kali ni nak tunjuk sikit betapa crazy mazy nye cik azida dengan kasut, sandal dan yang sewaktu dengannya. tapi kan kalau orang utara panggil kasut je semuanya. lantak la kau kasut ke, sport shoes ke, sandal ke, semua kasut..ngee.. itu dialek utara ada banyak keunikannya kalau dialek lain tak tahu lagi apa yang unik kann..
ok dengan itu mempersembahkan kepada anda... 

 mula-mula tengok dulu, yang penting less dia tu kan. Fuiyoo 50%!!!

 ok, sebelah sana pun ada less jugak..@-@ rambang mata ambik kau

 ermm try dulu, cantik tak Kak Tonnn


 ok lenguh berdiri. Saya duduk kejap. Buat-buatla nak tengok kasut yang dekat rak bawah kan. Lakonan semata-mata.

Jom keluar. eh ada yang dekat luar ni tak tengok lagi. Tarik handbreak dulu kat sini. Kegelojohan melanda disitu.

dannnnn
..........
 akhirnyaaaaa
 duduk kepenatan. hua hua...


Selamat Berpuasa. Thanks for reading this bengongness entry! Calo bete

Wednesday, July 17, 2013

Ear Candy

Salam Ramadhan anda, anda dan anda semua. yes anda la.

Kali ni saya cuma nak kongsikan dengan anda semua saluran Nasyidfm yang memang best radio untuk dengar nasyid tanpa gangguan iklan atau DJ yang kuat membebel. Lagu-lagunya bestttttt sangat2..
Kesian saya kan, dah umo 23 baru tahu ada radio ni dekat ruang udara di Malaysia ni. Bila wujud? Entahlah.
Jadi sebelum anda ketinggalan macam saya, sempena bulan mulia ni.cepattt..
Jom kita ubah daripada lagu rock kapak, mental, rap yo yo tu..
siaran ni lagi TENANG..
tak percaya jugak??
cuba klik dan dengar link ni..

p/s: lagi satu ada santai Ramadhan bersama uztaz Don 18 Julai 2013 ni. pukul 3 ptg. di Nasyidfm.

Salam Ramadhan.
wassalam.
:)
abaikan wajah pucat di bawah
 



#sampaikan olehmu walau satu ayat#

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan datang lagi

ahlan wasahlan ya Ramadhan. mengharapkan lebih keberkatan di bulan ini. 
Ramadhan yang berbeza kalau tinggal jauh dari rumah. pendek cerita nak cakap duduk bujang la ni kan. erm..nak buat macam mana walaupun cuti sem duduk jugak sini alkisah sebab nak cari rezeki. muka sedih. 
tapi kan, seriously bila duduk bujang ni, bulam posa pun rasa macam bukan bulan posa. tambah-tambah bila ABC (Allah Bagi Cuti)..hehe..
tapikan dapat pengalaman. itu yang penting dalam hidup kan. ok kepada kakak-kakak, abang-abang ni nak bagi nasihat sikit. ewah macam kaunselor kan.haha
ni nasihat yang berguna buat anda.

BELAJAR MASAK
ha tu la nak bagitau dekat adik-adik. walaupun tak minat kena jugak belajar. mana la tau tub tub dapat sambung belajar pastu kena pulak bulan puasa. sapa nak masakkan. dekat rumah tak pe lah ada rice cooker. buatnya duduk rumah sewa, sapa nak masak untuk kita dik oii..ha kan dah jadi kiah propa..haha..kalau duduk tempat yang kedai makan kiri kanan, dua langkah dah jumpa kedai makan tak pe lah. kalau x?? kan dah lapar.
kenapa boleh cakap macam ni???
sebab pengalaman sendiri. tengok housemate yang tuggu kawan je masakkan untuk dia walaupun nak berbuka. alkisah kawannye ABC kena la masak sendiri. tengok-tengok masak nasi pun tak pandai. hihi..ops..bulan posa ni..


wassalam. 
Selamat berpuasa dan selamat beribadah.

Thursday, March 21, 2013

oh hidup!!

Kita mulakan cerita dengan kisah diri aku yang menjadi insan istimewa pilihan Allah untuk mendapat ujianNya. erm, terpaksa tangguh satu semester pengajian sebab Allah terlalu sayangkan aku. Yes, I know! Tapi kalau nak sedih boleh?? 
sedih sebab aku ni sebenarnya tak ada batch. kalau lone ranger ni tak pe. aku tak kisah (sebab mati nanti pun duduk sorang dalam kubur kan). 
Erm xpe lah..Pasti ada hikmah..

ok bila dan seorang, cuba jadikan pengalaman yang berbaki ni pengalaman berharga ye Azida. Hadapi semua dengan relaks k



aku redha...
:-)

#i wish to be with them for the last time. wanna keep memories forever. but they refuse to, with their own reasons. its ok. i'm trying to understand #

Wednesday, March 20, 2013

Terima Seadanya Part. 2

Lagi update tantang manusia. ya aku pun manusia. Cuma memerhati sekeliling dan kali ini sambungan dari yang previous Terima Seadanya. I'm Not Perfect. Yes I Know. but at least i know, compared to those who think and feel they are perfect. Memang Allah akan memberi dugaan untuk hambanya. Bila hidup merantau ni banyak ragam manusia yang akan kita temui kan. Cikgu bahasa mestilah sertakan contoh kan. Ok. contoh:


  1. Beriya nak itu nak ini, suruh kita cari. last2 cakap. "xpelah tak nak, tak perlu kot"
  2. Selalu buat lawak, cakap itu cakap ini, kadang-kadang lazer (cam aku), tiba-tiba cakap itu sentap, tersentuh sikit sentap, buat muka!, buat muka!, buat muka!..  
  3. Orang buat itu dia pun nak buat, orang buat ini datang lah dia suruh cepat sikit. hadoii mak cik!! aku tak guna kenapalah kau tak guna. time aku guna kau pun nak la guna. haish!!
Tu antara yang boleh disenaraikan. Yang berlambak lagi dalam otak macam otak Cik Google tu tak senaraikan lagi. Hadoii. Penat sebenarnya nak melayan semua kerenah manusia ni. Ok. Apa2 pun bersabarlah Cik Hati. Jangan biarkan sejarah berulang lagi. Jalan terbaik malas nak mencari masalah. Penyelesaiannya: 

  1. ok fine. Malas nak kisah. Lepas ni kalau nak itu nak ini aku cakap "TAK TAHU, CUBA TANYA EN. GOOGLE" senang kan
  2. Yang banyak kerenah ni pulak. Biarlah kau hidup dengan hisup kau kan. tak boleh tersalah cakap, tak boleh tersalah sentuh  kan? ok "KURANGKAN BERCAKAP DENGAN DIA. BERCAKAP BILA PERLU SAHAJA dan JAUHKAN DIRI LAH". nanti "tersalah cakap tersilap sentuh pulak" kann.
  3. nak guna sangat kan. nak Hambik!! aku mengalah! (dalam hati je. kalau cakap depan-depan mesti terjadilah babak masam muka pulak)
Kesimpulannya, simpan semua dalam hati. simpan semua dalam otak dan yang paling penting fikir dulu sebelum berkata apa2 sebab 
kadangkala 
Diam itu lebih baik daripada berkata-kata
saya tinggalkan anda dengan insan kata-kata insan istimewa ni. renung-renungkan..


As salam
:)

Friday, March 8, 2013

Terima Seadanya

Lama rasanya tak update blog ni. Kalau rumah mesti dah bersawang, kalau prepaid mesti dah expired kan. k fine. mood serius dah datang..Pejam celik, pejam celik dah banyak pengalaman yang aku lalui, dah banyak jenis orang yang aku kenal. semuanya mendewasakan walau kekadang menyakitkan. kekadang menangis seorang diri kerana pengalaman, kerana kehidupan. mungkin terkadang diri terlalu sensitif dan mungkin juga tersalah buat pilihan. pilihan sendiri. namun dugaan Allah itu pasti datang dengan hikmahnya. Dah dapat lihat satu persatu aturan-NYA yang tersangat indah. 

Hidup di dunia sudah lumrahnya. ramai orang yang akan ditemui, pelbagai kerenah terpaksa dihadap setiap hari. sampai kadang-kadang jadi "muak" (bhs utara kot). kalau bercakap tentang kawan ni lagilah pelbagai. ada yang macam tu, ada yang macam ni. ada yang menyenangkan ada yang tersangat menyakitkan hati. tapi bak kata Cikgu Marina form 6 dlu, cari titik persamaan. jika terus menerus mencari kesalahan takkan sampai ke mana dan yang paling penting SABAR. kerana Allah menjanjikan ganjaran yang terbaik buat hambanya yang sabar. Jadi tak perlu terus menerus mengeluh dengan dugaan yang datang. 

COOL. Yes I am..

Tuesday, March 5, 2013

Penawar hati, penenang jiwa...

Apabila kamu ada sebutir ilmu, kamu rasa itu saja ilmu yang ada ............. itu jahil

Apabila kamu ada sebutir ilmu, kamu sedar ada 10 lagi ilmu yang kamu tak tahu ............. itu alim.

Oleh itu, Yang JAHIL akan merasa bertambah SOMBONG dengan ilmunya
Yang ALIM akan merasa bertambah KERDIL dengan ilmunya

Itulah beza orang yang PANDAI MERASA.... berbanding dengan orang yang MERASA PANDAI

Itulah juga beza orang yang menuju kepada MAHMUDAH berbanding dengan orang yang menuju kepada MAZMUMAH


~~wassalam~~

AKU.KAMU. DAN. LAGU