Thursday, July 19, 2012

Akad Nikah Abang Long

Cinta pertama kecundang bukan bermaksud dah tak boleh dapatkan pengganti kan? Jadi memang mula-mula terkejut bila abg bagitahu nak kawin..segala-galanya express. Ingatkan nak bujang sampai ke tua..tapi takpelah kan dah jodoh dia cepat walaupun lambat..haha..gile terasa kalau abang baca blog..tapi xpe la..pengantin baru tak boleh marah-marah. :)) 



 Masa tengah bersiap, abang muka pucat tahap infinfity kot. siap cakap lagi.
"abang ni selalu bercakap depan 2, 3 ratus orang ok je, ni nak mengadap tok kadi sorang rasa macam tak boleh nafas"
haha..tau nervous. kalau cakap pandai sangat, sampai gunung pun nak runtuh. tapi aku boleh la perli-perli bagai sebab aku pompuan. nanti for sure future husband aku yang nervous. kaum hawa relaks je kan. cuma perlu jaga make up je takut cair. wah gitu..cam nak kawin dah..sabor lah wahai hati!! jadi untuk nak menghilangkan getaran jiwa abang tu, kita ajak la dia pose-pose ala pucat dulu kan..hehe


walaupun nervous, tal boleh nafas bagai, sekali lafaz je kot. hebat la tu kan.. mungkin abang termakan dengan cabaran aku kot. 
"kalau abang sulung pun akad 2 3 kali, yang lain2 nanti mesti lagi nervous"
erm ye la..cakap pandai la.dia tak rasa.. :p


happy tak muka kakak ipar aku, ye la dah sah jadi isteri orang. tak sabar nak sarung cincin la tu, pastu nak pegi tukar cek yang terpampang tu.. hehe..lawak je kak long oii..kena biasa-biasakan diri la dapat adik ipar talkative macam cik azida ni kan..


dah tak solo la bang..:( 



Selamat Pengantin Baru..Semoga Bahagia hingga keJannah..

Thursday, July 5, 2012

Indah + Suka..

Bila tengok ayat ni, rasa indah sangat..jadi terhingatla nk hupdate blog yang berkurun lama ditinggalkan ni..smile.

Belajar mencintai orang yang hari ini masih mencintaimu sebelum dia pergi dari hidupmu.Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin esok takkan ada lagi cinta untukmu dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.Jadi, jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu.


Bercinta itu harus kerana cinta itu fitrah...
Namun segalanya ketentuan-NYA juga..

~~Wassalam~~

AKU.KAMU. DAN. LAGU