Wednesday, December 26, 2012

Hai!!

Lama rasanya tak update blog ni sibuk buat blog ilmiah yang perlu dihupdate hari-hari kan..erm assigment, oo assigment!! k lah..pape pun..HAI... :)


k  bai..
study! study!
:P

Sunday, September 16, 2012

Kalau Nak Jimat Pun Biarlah Bertempat

Situasi 1:

 "Kenapa ye kakak-kakak tu taknak kongsi makanan? Kalau duduk rumah sekali nak kongsi makanan baru lah elok."  


Ulasan :

Kadang-kadang aku pelik dengan manusia ni. kenapa perlu nak kongsi makanan dengan orang lain bila dah orang lain tak hingin. kalau aku, aku ok je. apa-apa pun boleh. yang dia sorang ni nak sangat kongsi makanan dengan orang kenapa ye? berdasarkan pengalaman lepas dia nak kongsi sebab dia tak mau keluarkan duit beli barang. nama kongsi. tapi dia nak keluarkan duit susah sangat. alahai kak oii.. bukan duit banyak lagi daripada adik-adik ni. keluarkan je lah. bukannya susah. kalau kita selalu bagi dekat orang, rezeki kita akan bertambah. percayalah.  yang orang lain tak nak kongsi dengan awak sebab dah tau perangai awak tu yang agak tahi hidung kot. maaf lah ye. jadi daripda mengumpat kemudian hari baiklah buat haluan masing-masing. orang lain bukanlah berkira sangat, tapi semuanya pelajar lagi. semuanya duit cukup-cukup makan je. kalau aku anak datuk, mungkin la tak ada masalah. Jadi, JIMAT ke KEDEKUT ye?

Wassalam...

Thursday, July 19, 2012

Akad Nikah Abang Long

Cinta pertama kecundang bukan bermaksud dah tak boleh dapatkan pengganti kan? Jadi memang mula-mula terkejut bila abg bagitahu nak kawin..segala-galanya express. Ingatkan nak bujang sampai ke tua..tapi takpelah kan dah jodoh dia cepat walaupun lambat..haha..gile terasa kalau abang baca blog..tapi xpe la..pengantin baru tak boleh marah-marah. :)) 



 Masa tengah bersiap, abang muka pucat tahap infinfity kot. siap cakap lagi.
"abang ni selalu bercakap depan 2, 3 ratus orang ok je, ni nak mengadap tok kadi sorang rasa macam tak boleh nafas"
haha..tau nervous. kalau cakap pandai sangat, sampai gunung pun nak runtuh. tapi aku boleh la perli-perli bagai sebab aku pompuan. nanti for sure future husband aku yang nervous. kaum hawa relaks je kan. cuma perlu jaga make up je takut cair. wah gitu..cam nak kawin dah..sabor lah wahai hati!! jadi untuk nak menghilangkan getaran jiwa abang tu, kita ajak la dia pose-pose ala pucat dulu kan..hehe


walaupun nervous, tal boleh nafas bagai, sekali lafaz je kot. hebat la tu kan.. mungkin abang termakan dengan cabaran aku kot. 
"kalau abang sulung pun akad 2 3 kali, yang lain2 nanti mesti lagi nervous"
erm ye la..cakap pandai la.dia tak rasa.. :p


happy tak muka kakak ipar aku, ye la dah sah jadi isteri orang. tak sabar nak sarung cincin la tu, pastu nak pegi tukar cek yang terpampang tu.. hehe..lawak je kak long oii..kena biasa-biasakan diri la dapat adik ipar talkative macam cik azida ni kan..


dah tak solo la bang..:( 



Selamat Pengantin Baru..Semoga Bahagia hingga keJannah..

Thursday, July 5, 2012

Indah + Suka..

Bila tengok ayat ni, rasa indah sangat..jadi terhingatla nk hupdate blog yang berkurun lama ditinggalkan ni..smile.

Belajar mencintai orang yang hari ini masih mencintaimu sebelum dia pergi dari hidupmu.Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin esok takkan ada lagi cinta untukmu dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.Jadi, jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu.


Bercinta itu harus kerana cinta itu fitrah...
Namun segalanya ketentuan-NYA juga..

~~Wassalam~~

Sunday, June 3, 2012

Siapa yang Patut kita ikut?


Bila saya terbaca rencana ni, rasanya saya rasa bertanggungjawab sesama Islam untuk sebarkannya...

Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat IslamTahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.


2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”.


3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?


4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.


5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.


7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.


8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.




Jadi bila dah tau, dah baca, siapa yang harus kita ikut sebenarnya?
Buka mata, Buka minda, Berubahlah selagi ada masa. Sama-samalah kita.amin~~~

~~Salam~~~

Sunday, May 13, 2012

Ini Kisahku

Ini Kisahku
Link di atas menceritakan tentang Wardina Saffiyah. Siapa tak kenal kan..tak tahu nak cakap apa tapi sangat tersentuh bila tengok video ni..video yang menceritakan tentang "penghijrahannya". Mungkin aku agak terlewat tapi masih belum terlambat.

Mungkin kita ada harta,
Mungkin kita ada kuasa,
Tapi,
Adakah kita cukup BAHAGIA?
Carilah Bahagia itu dengan cara yang betul,
Carilah kebahagiaan yang hakiki,
Kerana hanya yang hakiki yang akan kekal abadi...

Saturday, May 5, 2012

Aku Maafkan Kamu...

Sungguh mendalam maksud lirik lagu nyanyian M. Nasir & Malique. Tapi berapa orang yang mendalami maksudnya yang sebenar. Mungkin ramai beranggapan lagu ini dari kekasih untuk kekasih kan. Cuba teliti dulu bait-bait liriknya.


Lirik Lagu Malique Aku Maafkan Kamu Feat. Jamal Abdillah

Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Jamal Abdillah:
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Malique:
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Jamal Abdillah:
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Malique:
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


Sumber >> Malique Feat. Jamal Abdillah Aku Maafkan Kamu | SANoktah
via sanoktah.blogspot.com 



REALITINYA? 

LAGU INI MENGISAHKAN TENTANG ANAK LUAR NIKAH YANG DIBUANG DI MERATA TEMPAT..

DIHUKUM MASUK NERAKA OLEH MANUSIA..

Wednesday, May 2, 2012

IQRA'...

Entry ni tak ada ayat merepek-merapu-meraban ye.Cuma nak beri cadangan. Bacalah buku ni. Semoga kita lebih mengenali junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 
Salam. 
:-)

Tuesday, April 24, 2012

Semua Berubah Sudah...

Dah setahun lebih rasanya tak update blog. Semua dah berubah. AKU? Memang fizikalnya berubah!! Tapi yang lain tetap setia pada yang sama. Then tiba-tiba nak update blog, tengok-tengok blog pun dah berubah ye..haha ketinggalannye aku..

AKU.KAMU. DAN. LAGU