Saturday, July 24, 2010

A304-Kolej Za'ba(UPSI)

dalam entry kali ni, aku nak memperkenalkan kediaman/apartment aku di UPSI. bagi aku tempat tinggal yang agak selesa.so, to LYNDA jangan lupe janji ye..(smile).disini sempat la aku mempublishkan gambar2 nye dari pelbagai sudut.

ha..inilah rumah aku.nampakkan kasut tersusun rapi, itu melambangkan penghuninya yang mementingkan kebersihan and kekemasan..huhu

ini lorong yang menempatkan 3 buah bilik.ops 4 buah bilik + bilik air..(smile)

ha.. yang ni..DAPUR KERING aku. memandangkan kami di larang tuk masak, so cume barang elektrik je yang di benarkan.kalau degil jugak nanti kena saman pulak kan!!
ini pulak ruang tamu rumah aku. ada 1 meja tuk discussion.
yang ni pulak bilik air yang tak seberapa. tapi ok la kalau nak di compare kan dengan bilik air mse di hostel dulu. hpstel mana tu?? biarlah rahsia..



ini pulak gambar bilik aku. dan untuk yang kenal dengan kau tu mesti dah dapat trace sebab ada SHAIDA di atas katil tersebutkan..hehe

p/s: Lynda;nanti aku post entry pasal kampus pulak ye..

Thursday, July 22, 2010

Kawin Awal??


seperti tajuk entry aku di tengah-tengah malam yang agak buta ni, KAWIN AWAL.patutkah? perlukah? bolehkah? agak pening kepala fikirkan. kalau ada hamba Allah yang kawin awal and mybe undergrad nanti ada la pulak hamba Allah lain yang judge bukan2. kadang2 betul kot. tapi tak semuanya betul.eh apa aku tulis ni. faham2 je lah. bila fikir2 balik sekarang ni dah back macam zaman dulu balik kan? umur belas- belasan lagi tapi udah punya suami. walaupun bukan arranged marriage.ada advantages and disadvantages kan. pro and con. erm ntah lah. bagi aku aku tak kisah akwin awal ke lambat, asalkan dah mutured. kalau tak mutured lagi buat pe kawin kan? nanti tak dan lama mana dah cerai berai. dapat la status janda. janda meletup ke? em tu pun kalau meletup tapi kalau tak? fikir2 je lah. jujur pada pendapat aku, kalau aku diizinkan aku akan kawin secepat mungkin bila aku dah jumpa calonnya.bukan perfect yang aku nak tapi biarlh mampu pimpin aku. cukup "simpanannya" untuk bekalan "di sana" nanti. dah jumpa ke? mybe!!tapi masalahnya adakah di restui? most probably tak ,walaupun tak tanya lagi.apa2 pun msti grad dulu kan. tapi kalu lah ditakdirkan jodoh aku awal? of course aku HAPPY!!

lagi satu kalau lah aku boleh putar balik putaran dunia ni, aku tak mau bercinta sebelum kawin.biarlah orang nak cakap aku kolot or ortodok or apa2 pun. banyak hikmahnya kan.and for sure tak de maksiat yang berlaku walaupun sebesar kuman.biar aku kenal CINTA bila dah sah jadi suami isteri. fuh! lagi manis kan? tapi mampukah?

CINTA ITU KESABARAN. kesabaran menanti, kesabaran mencari dan kesabaran dalam segala hal. tanpa kesabaran CINTA tak menjadi. betul! betul! betul! iyekan je lah er.

Friday, July 9, 2010

My New Life!

sudah seminggu aku mulakan hidup aku sebagai seorang mahasisiwi. Kini aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Belajar di bawah fakulti bahasa dan komunikasi. Hopefully, dalan masa 4 tahun lagi aku akan dapat masuk dalam profession perguruan. Seminggu dalam minggu orientasi agak memenatkan but fun. I got new friends here, New environment and new life.

Ini sempat aku pose masa round U untuk cari bilik kuliah.


Dalam minggu orientasi kami dalam kolej Za'ba and kolej Aminudin Rasyid ada aktiviti penanaman pokok.Aku pulak penghuni kolej Za'ba or KZ. 1 pokok untuk 20 orang. So, as ususal aku yang suka bergambar ni memang akan teruskan aktiviti itu. haha Dan ini pulak housemate aku tapi sebahagian je la. ermm budok Kelate belako. Ada bahasa Kelantan disitu. Saya suke disitu.huhu...




AKU.KAMU. DAN. LAGU